Saturday 4 April 2020

Koronavirus 2019 ( Covid-19 ) di Malaysia kepentingan basuh tangan

Assalamualaikum semua

Semoga semua sahabat dalam keadaan sihat dan di lindungi Allah S.w.t.

Sejak timbulnya kes jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang sebelum ini dikenali sebagai novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, Kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan lebih meluas.




Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula Dari 16 hb Mac sehingga 31hb Mac tetapi telah disambung sampai 14hb April 2020.

Sesungguhnya Covid-19 sangat serius dan kalau di pandang ringan kemungkinan Malaysia boleh jadi macam Negara Italy yang bersikap sambil lewa pada awal jangkitan pada rakyatnya. 

Kita juga perlu merasa kasihan pada Doktor yang bertungkus lumus cuba menyelamatkan pesakit Covid-19.



Ubat paling mujarab sekarang ini sudah semestinya duduk di rumah #StayAtHome bagi membantu Kerajaan dan diri sendiri daripada terdedah dengan penyakit Covid-19.



Setiap rakyat Malaysia diminta untuk membasuh tangan dengan lebih kerap dan menjaga jarak paling kurang 1 meter antara satu sama lain terutama ketika di luar.

Tip Basuh Tangan


Sumber dari Google

Basuh tangan hendaklah dalam tempoh 20 saat adalah tempoh yang terbaik dalam membersihkan tangan yang disarankan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) beberapa langkah perlu dilakukan ketika membasuh tangan.

1. Basuh dibawah air mengalir. Tutup air dan ambil sabun.

Sabun lebih berkesan untuk membersihkan tangan terutama bagi membunuh bakteria dan kuman.

2  Sapu kedua-dua tangan sehingga berbuih

Pastikan depan dan belakang tangan kita digosok, dicelah-celah jari juga dibawah kuku. Mengosok menyebabkan geseran yang dapat membuang kotoran, minyak dan mikrob.

3. Sental dalam 20 saat

Ini bagi memastikan semua kekotoran dapat dibuang. WHO juga memberi saranan kepada semua untuk memastikan basuh tangan dalam masa 20 saat bersamaan kita menyanyikan lagu Happy Birthday sebanyak 2 Kali,

4. Basuh tangan di bawah air mengalir

Setelah bakteria semua berada di permukaan basuh tangan dibawah air mengalir. Jangan buat kerja mudah dengan mencelup tangan dalam bekas air takut makin bertambah pulak bakteria.

5. Keringkan tangan guna kain atau tisu yang bersih.





Meningkatkan Imun Badan

Waktu sekarang masa terbaik untuk kita meningkatkan imun badan dengan Vitamin C ini adalah kajian dari negara China dimana mereka telah merawat pesakit Covid-19 dengan memberi vitamin c berbentuk cecair kepada pesakit dan hasilnya ramai yang sembuh.


" 
New York hospitals are treating coronavirus patients with high dosages of VITAMIN C after promising results from China
• Dr Andrew Weber says he has been immediately giving his intensive-care patients 1,500 milligrams of intravenous vitamin C
• The Long Island-based pulmonologist and critical-care specialist with Northwell Health says patients are given three to four doses a day 
• The regimen is based on experimental treatments that were done in China
• Jason Molinet, a spokesman for Northwell, says Vitamin C is being 'widely used' as a coronavirus treatment throughout the health system 
• A clinical trial into the effectiveness of intravenous vitamin C patients with coronavirus was conducted on February 14 at Zhongnan Hospital in Wuhan
https://www.dailymail.co.uk/news/article-8149191/New-York-hospitals-treating-corona-patients-6000-milligrams-VITAMIN-C.html

Jom tingkatkan pertahanan badan kita sekarang dengan VITAMIN C SHAKLEE.

PROVEN SAFE & EFFECTIVE!

Kalau anda mencari Vitamin C sudah pasti Kak Ina akan tawarkan Vitamin C Shaklee yang telah terbukti natural dan sustained release.




Vitamin C juga jadi rebutan kira macam panic buying juga sebab makin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk diri mereka dan keluarga.



Bagi sebarang pembelian vitamin c boleh WhatsApp nombor atau telefon di talian 011-15438221 Kak Ina akan membantu dan memberi konsultan yang terbaik pada anda semua.





Friday 23 August 2019

Buat duit dengan Affiliate

Teks : Azlina

Assalamualaikum buat pembaca blog Kak Ina ni.

Hari ni nak share satu cara untuk buat duit dengan jadi Affiliate. Ia satu cabang baru yang semakin disukai.

Sahabat Kak Ina pernah jumpa orang dapat komisen RM50,000 macam itu je hanya dengan berkongsi link di media sosial.

Caranya begini :

1. Kita hanya kongsikan link yang diberi selepas kita daftar. Wajib daftar baru dapat.

2. Untuk dapatkan jualan, kena faham, hadam dan arif benar tentang ebook atau produk tersebut.

3. Kebiasaannya pemilik ebook akan beri cabaran dalam satu-satu masa untuk kita kejar sales. Contohnya 5 hari, 14 hari atau 1 bulan.

4. Jualan akan diberi dalam bentuk komisen. Normal komisen ialah lebih 20% dari harga jualan.

5. Konten yang bagus, menarik perhatian, tersusun akan dapat jualan yang banyak berbanding orang lain.

6. Ianya terhasil apabila kita sendiri baca dan faham ebook atau produk tersebut.

7. Untuk letak link, ia mesti mempunyai ayat perintah, suruhan serta jemputan supaya audien klik link tersebut.

8. Susun posting supaya pada setiap hari mesti ada posting untuk remind audien.

9. Sesekali buat live dan ceritakan produk atau ebook tersebut.

10. Ebook terkini, Dato Sri Aliff Syukri antara ebook yang bagus untuk dijual. Ianya mudah, hanya letak link, orang akan beli dan automatik jadi affiliate. Malam-malam tidur pun duit masih masuk.

Mana yang nak buat duit, beli di sini sekarang : http://bit.do/DatoAliffebookzerotohero

11. Ada banyak channel untuk menjual ebook atau produk menggunakan link affiliate, contohnya di story instagram, wall instagram, Facebook, Page, website dan blog.

***

Konsepnya sama seperti dropship. Ianya hanya perlu dibuat bising dan terus memberi reminder kepada audien. Hanya promosi sahaja, duit masuk pagi petang siang dan malam.

Jika komisen RM35 pada setiap 1 jualan.
100 jualan = RM3,500.

Jika anda nak tahu, sudah ada yang jual sampai 1,000 naskhah begitu sahaja hanya dengan promosi link affiliate. Kiralah sendiri dan ternganga melihat orang buat duit.

Siapa yang kerja keras, dia dapat. Tidur malam pun duit masuk ya.

Klik link ini sekarang juga ya :
http://bit.do/DatoAliffebookzerotohero

Sekiranya anda ada masalah nak buat pembelian, tak tahu nak key in & sebagainya ,
.
Whatsapp Kak Ina di sini ya:
.
▶️ https://Www.Wasap.My/01115438221 /ebookZTH
.
#ZeroToHero
Jom sebar benda baik.

Thursday 15 August 2019

SALAM SAHABAT

Teks: Azlina


Assalamualaikum semua sahabat

Lama rasa tak ada entri di blog, biasa la rutin seorang Isteri, ibu dan pekerja membataskan untuk menulis hehehe

Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat menyambut Aidiladha 1440H.

Baru-baru ini Kak Ina ada membuat ibadah korban secara berkelumpok pada bersama alumni sekolah menengah Seri Mahkota Umbai(Geng SMSM 1977).

Dalam tempoh 25 tahun semua dah lebih matang dan ada yang bila jumpa tak ingat nama mungkin usia dan diorang bukan dari classmate jadi ada yang tak kenal rapat tapi tiada halangan sebab tu ada program ni dapat merapatkan lagi silaturahim kami.

Terima kasih juga AJK program banyak jasa diorang dari pilih lembu sampai persiapan kenduri dan korban semua di urus dangan baik.

Aturcara majlis bermula dari jam 7.30 pagi lagi dengan aktiviti melihat lembu yang kami pilih di sembelih tapi masa ini Kak Ina tak ikut sebab masih dalam perjalanan dari kampung suami di Muar ke Melaka.

Dalam masa menunggu untuk memotong daging dan pembahagian daging korban kami dihidang dengan Nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan pagi sambil saling meningati nama masing-masing dan sambil bercerita kisah masa zaman sekolah menengah.

Lebih kurang 9.30 pagi daging korban sebanyak 2 ekor lembu pun tiba yang lelaki menguruskan melapah daging bagi kaum hawa ni tolong memasak la..potong-potong sayur,bawang dan sebagainya untuk kenduri tengah hari nanti tapi kami tak masak hehehe Mak dan keluarga Nuar yang masak alhamdulillah memang sedap.






Macam tak percaya Kak Ina dapat ikut aktiviti macam ni, perkara yang baik akan diteruskan.






Geng perempuan tolong membungkus daging-daging yang akan diagihkan pada kawasan sekitar seronok ketawa ada saja cerita bila berkumpul macam ni.

Para Jemputan kenduri datang memeriahkan lagi majlis ini dan diedarkan daging korban untuk dibawa balik.

Alhamdulillah semua rezeki yang Allah beri merasa nikmatnya buat korban pada 12.08.2019.











Sunday 14 October 2018

Kursus Mobile Spa bersama TWB peluang buat duit hari-hari

By:Norazlina Aziz



Assalamualaikum 

Apa khabar semua lama Kak Ina tak jengah blog norazlinaaziz.blogspot.com.

Semoga kita semua diberi kesihatan dan keceriaan selalu.
  
Alhamdulillah Kak Ina baru saja habis tranning untuk Home and Mobile SPA bersama The Walking Beauty (TWB).

Macam Mana Boleh terjoin TWB

Dalam mencari bisnes yang dapat membantu diri dan keluarga menambah pendapatan Bisnes Mobile SPA yang menarik minat sangat.

Dari dulu Kak Ina memang suka manjakan diri dengan menjaga kecantikan dan kesihatan diri bukan apa untuk diri sendiri juga. Selalunya lulur badan dan buat facial pada diri sendiri.

Bila Master Maria  pelawa untuk join The Walking Beauty (TWB) di bawah MFMS baru-baru ini, Kak Ina dengar dulu prewiew baru lah ambil keputusan untuk join.



Dalam prewiew objektif utama projek ini di wujudkan khas untuk membantu para wanita yang berminat belajar cara bisnes servis Home and Mobile Spa dan mendapat INSTANT CASH.


Buat Kak Ina bertambah yakin Projek ini dah berjalan selama 4 tahun sejak tahun 2015.

Zaman sekarang ini wanita berkerjaya pun perlu cari duit lebih untuk menambah lagi pendapatan keluarga, kos perbelanjaan semua dah naik.Tokey kedai pun banyak tutup kedai tapi bila dengar prewiew senangnya diorang buat duit income dengan dari 5 penjuru.Wow.

Siapa Founder TWB?

Founder bagi projek The Walking Beauty (TWB) ialah Master Ainul seorang wanita yang bersemangat nak membantu the whole women in TWB to achieve our dreams.

Bila Kak Ina ambil keputusan untuk join cepat-cepat contact Master Maria untuk tanya lebih lanjut apa yang perlu dibuat.

Dia minta buat bayaran untuk join TWB dan book date untuk belajar buat facial.

Rasa sangat bertuah bila founder Master Ainul sendiri yang bagi Personal Coaching One To One pada Kak Ina, rezeki yang tak di sangka. Alhamdulillah.



Kehebatan TWB

Yang syoknya tranning sehari dan balik kita dah boleh running SPA sendiri, hebatkan? Pelik? Nak tahu macam mana kena daftar sebagai ahli TWB.

Impian Kak Ina untuk jadi WAHM makin hampir tercapai, sekarang masa untuk kenalkan SPA Kak Ina bila income dari SPA dah stabil masa untuk Resign dari kerja sekarang. Doa kan Kak Ina.

I'm officially a certified Beautician under The Walking Beauty Project dan Impian Kak Ina dengan tertubuhnya LINA BEAUTY SPA secara tak langsung dapat membantu lebih ramai wanita diluar sana mencapai impian mereka dalam semua aspek.

Siapa yang di Merlimau, Umbai, Serkam yang nak service Mobile Spa dari Lina Beauty Spa wassap 011-15438221. 

Nak belajar bisnes spa dengan TWB wassap Kak Ina 011-15438221 akan beri guide yang terbaik untuk anda. 



Wednesday 27 September 2017

Kek Masam Manis Yang Evergreen

Sep 26, 2017


Assalamualaikum....


Tempahan kek Lapis Masam Manis saya terima dari mak saudara yang saya panggil Mak Itam...dia tak itam pun gelaran pangkat saja.

Rasanya dah lama saya tak buat kek ini...sejak dah berkahwin masa yang terhad membataskan untuk buat kek yang perlu kesabaran yang tinggi. Bila selapis kek masak baru layer lagi dengan lapisan seterusnya.

Saya nak berkongsi resepi yang sedap ini dengan sahabat-sahabat semua resepi yang saya guna sejak dari sekolah menengah.

Ok jom kita mulakan.



KEK LAPIS MASAM MANIS  

Bahan-bahan : Loyang 7 x 7

250gm gula halus
500gm butter 
10 biji telur
3 cawan biskut Marie
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu teh baking powder
2 sudu susu pekat
haw flakes / masam manis secukupnya

Cara-cara:


Asingkan Putih telur dengan kuning



Sumber dari Google
Putih telur dipukul sampai kembang menjadi meringue

Pukul Gula dan butter sampai putih gebu kemudian masuk kuning telur sebiji-sebiji.


Gaul sebati diikuti dengan biskut yang telah diblend halus kemudian esen vanilla dan baking powder terakhir muringe tadi dikacau kaup balik sehingga sebati.

Sumber dari Google

Pilih warna yang disukai, paling kurang pun dua warna untuk nampak perbezaan setiap layer tu

Alas loyang dengan kertas sapu majerin pada loyang, pastikan kukus telah ready untuk mengukus kek 


Mula dengan layer pertama tanpa haw flakes dan seterusnya adunan dengan haw flakes kira selang seli mengikut warna, untuk nampak cantik sukat setiap layer dengan menggunakan sukatan yang seragam... kalau empat senduk sama kan sampai habis ye


Lupa nak ambil gambar bila buat layer cuma gambar kek sebiji saja..harap dapat faham dengan apa yang saya terangkan. 


Selamat mencuba .. tapi kalau ada yang nak makan kek masam manis ni tapi tiada masa nak buat sendiri boleh hubungi atau whatapps ke 011-15438221 saya sedia membantu terutama yang berada di Umbai Melaka.

Thursday 23 March 2017

Aromatherapy Essential Oils

Teks : Norazlina Aziz

Essential Oils...apa itu? Mungkin ramai belum pernah dengar atau pernah dengar tapi tak ambil kisah.

Salam semua, kali ini saya nak berkongsi tentang Essential Oils atau Aromaterapi.

Aromaterapi satu jenis pengubatan alternatif yang menggunakan bahan cairan tanaman yang mudah menguap, yang dikenali sebagai Essential Oils untuk mempengaruhi suasana dan kesihatan seseorang. 

Diluar sana banyak jenama Essential Oils yang wujud dipasaran Malaysia, saya memilih jenama Ronella Essential Oils untuk kegunaan harian. 

Sebab saya pilih Ronella Essential Oils bahan 100% pure dari bahan semulajadi tanpa tambahan alkohol.

Selain itu, Ronella Essential Oils juga satu produk bumiputera jadi tak salah menyokong produk tempatan yang berkualiti antarabangsa dengan harga yang berpatutan.

Selalunya Essential Oils yang menjadi pilihan saya ialah Essential Oils Lavender dapat membantu saya lebih relaks dan mengendurkan urat yang tegang bila balik dari berkerja. Bau yang lembut mambuatkan fikiran tenang dan segar semula.


Ronella Essential Oils Lavender
Cara penggunaan yang boleh dicuba sapu sedikit minyak terus pada bahagian yang sakit atau campurkan dengan minyak carrier seperti minyak zaitun dan jojoba untuk tujuan mengurut badan.

"Tips yang boleh dicuba untuk mendapat tidur yang lena, dengan titiskan Ronella Essential Oils Lavender sebanyak 3 titis pada bantal pasti dapat membantu pada sesiapa yang susah tidur... juga sapu sikit dibelakang telinga.

Lavender juga dapat melegakan sakit kepala dan merawat kulit yang bermasalah seperti kesan terbakar yang tidak teruk.

Kembali kepada bahan semulajadi menjadi satu trend dan kemestian bagi setiap individu dan keluarga bagi mengelakkan diri terdedah pada bahan kimia berpanjangan.

Family set Ronella Essential Oils ini dijual dengan harga berpatutan dan jauh lebih murah dari membeli secara berasingan. Diffuser tidak termasuk dalam family set ini, diffuser dijual berasingan.

Family Set Ronella Essential Oils


Ingin dapatkan Ronella Essential Oils untuk anda dan keluarga?
Hubungi Lina untuk:


FREE CONSULTATION

HARGA BERPATUTAN

011-15438221 (Call, SMS, WhatsApp)







Friday 17 March 2017

Apam Polkadot, Cream Puff, Puteri Ayu

Teks: Norazlina Aziz

Assalamualaikum semua sahabat alam maya saya, lama juga menyepi..insyah Allah saya cuba sentiasa ada entry terbaru untuk blog kesayangan saya ini.

 " Salam kak ade ambil tempahan cream puf? " pastinya jawapannya ada Dik. 


Tempahan yang saya terima ini hasil carian di google, memang besar impak kalau kita menulis di blog, tak sia-sia saya belajar buat blog. Terima kasih buat Pn. Aishah Hussein yang sudi ajar sayaKalau berminat nak belajar buat blog sendiri boleh lah contact beliau disini.

Antara tempahan yang saya terima apam polkadot, puteri ayu dan Cream puff. Terima kasih buat Yana, harap berpuas hati.






Apam Polkadot

Cream Puff


Puteri Ayu


Saya juga terima tempahan Tat buah untuk dibuat hantaran pertunangan dari kawan abang. Alhamdulillah syukur rezeki yang Allah beri.


Tat Buahan




Untuk tempahan WS no 011-15438221, saya berada di Km 15 Kg seri minyak Merlimau Melaka.