Friday 22 January 2016

Salam perkenalan

Salam perkenalan 

Teks : Norazlina Aziz 
Tarikh : 28 Januari 2016

Dengan lafaz Bismillah saya merasmikan blog pertama saya, Bisnes Suri Dari Rumah.

Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga impian saya untuk belajar membuat blog. Jika sebelum ini ada juga mencuba membuat blog sendiri tanpa tunjuk ajar yang khusus, hanya bertanya pada adik dan cuba sendiri,  hasilnya blog yang dibina ditinggalkan sepi. Semoga dengan lahirnya blog Bisnes Suri Dari Rumah ini membawa titik perubahan dalam dunia blog dan semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Saya perkenalkan diri saya Norazlina binti Aziz. Anak kedua daripada 6 orang adik beradik, saya dipanggil Kak ngah tapi Mak dengan Abah saya panggil Lina. Bagi kawan-kawan kebanyakkan memanggil saya Azlina. Saya lahir  pada 06 Disember, di Kg. Seri Minyak Umbai Melaka. Saya telah mendirikan rumahtangga insyah Allah tahun ni ulangtahun kami yang ke 12 bersama Asri bin Kayatin. Saya mempunyai 4 orang cahaya mata perempuan dan seorang anak lelaki. Anak yang sulung diberi nama Aliyah Wafa umur 11 tahun, anak kedua Muhammad Irfan tapi telah meninggal dunia pada usia setahun akibat sakit sindrome sejak bayi. Dania Anisah berumur 7 tahun,  Ainul Jasmine berumur 5 tahun dan bungsu Imaan Nasuha baru setahun.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau (2) dari darjah satu hingga darjah enam. Bersekolah menengah di Sek Men. Seri Mahkota Umbai dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Pada 1997 saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke ITM sekarang UiTM, bagi program Diploma Business Studies di Cawangan Sabah.

Perkerjaan pertama saya, sebagai kerani Kewangan di Syarikat Swasta di Pasir Gudang, Johor selama 6 tahun. Pada 2007 saya berhenti kerja dan  berpindah ke Melaka untuk menjaga anak kedua yang sakit. Bermula pengalaman perkerjaan yang baru di pelbagai tempat sehinggalah saya berkerja di tempat sekarang di Sekolah Swasta sebagai Admin Clerk.

Minat membuat biskut dan kek sejak dari darjah 4 saya suka menolong Mak membuat biskut Raya, dari sinilah terpupuk minat suka membuat biskut dan kek tambah yakin bila saya menghadiri kelas. Menjahit juga satu lagi kemahiran yang saya ada dan saya juga suka bidang kecantikkan. Menjual burger adalah bisnes pertama saya diikuti dengan bisnes biskut raya dan produk pencuci muka.

Jenis bacaan, Saya suka membaca buku-buku motivasi kekeluargaan dan perniagaan sama ada dari buku atau di internet. Membaca boleh membantu kita membuka minda dan pandangan dari pelbagai sudut.


Entry ini tugasan pertama saya bersama dengan Akademi Berkerja Dari Rumah. Setiap dari kita pasti ada target, fokus dan matlamat yang ingin dicapai, untuk masa terdekat ini pastinya dapat belajar membuat blog perniagaan dan cara penulisan yang menarik pembaca.Saya berharap dapat mencapai target dalam 2 tahun dari sekarang saya menjadi surirumah sepenuh masa yang berkerja dirumah dengan mempunyai pendapatan sendiri melalui perniagaan online. Bercita-cita memiliki perniagaan lebih besar. Saya tertarik untuk masuk kelas ini kerana mencari satu group yang memahami dan yang dapat memberi sokongan moral antara satu sama lain.

Akhir kata, semoga tercapai cita-cita, impian yang saya inginkan. Saya mendoakan semoga kita semua diberi keberkatan dan rahmat dari Allah.












No comments:

Post a Comment