Monday, 25 July 2016

Kenangan Hari Raya 2016

Teks : Norazlina Aziz

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Aidilfitri 2016 bakal melabuhkan tirainya, hari ini sudah 20 Syawal ada yang masih dapat jemputan atau membuat rumah terbuka?. Tahun ini saya menyambut hari raya secara sederhana saja. Raya pertama di rumah Mak di Melaka petang baru la berangkat balik ke rumah Mak Mentua di Semerah Batu Pahat.

Bagi keluarga saya ketupat, rendang, lepat pulut, sambal sotong dan kari daging sudah menjadi hidangan wajib yang mesti ada di atas meja. Terasa lagi kesedapan air tangan Mak tersayang, terima kasih Mak dengan masakkan yang sedap sekali.

 
Ragam Sekeluarga
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi beli tart buah untuk dijadikan hidangan di Hari Raya dan tak lupa pada sepupu, adik beradik dan adik ipar tolong buat promosi.
Saya bersyukur pada setiap rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t, dapat juga membantu pada mereka yang kekurangan masa nak buat Biskut Raya sendiri.





Lovely Tart Buah
Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

Thursday, 9 June 2016

Selamat Datang Ramadhan

Sumber Dari Google

Teks : Norazlina Aziz

Selamat berpuasa semua, harap kita dapat melakukan ibadah yang terbaik bagi tahun 1437H ini.

Sekejapnya dah puasa yang ke 4, kita semua dah semakin terbiasa dengan suasana ramadhan.

Pada sepuluh hari pertama bulan ramadhan ini, kita digalakkan perbanyak amal kebaikan agar kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat rahmat-Nya.

Bulan ramadhan ini kadang kala banyak cabaran yang perlu dilalui, contohnya bila mengajar anak berpuasa. Anak saya yang ke 2 baru tahun ni mula dilatih untuk berpuasa, alhamdullilah bangun sahurnya tak banyak ragam syukur sangat, cuma jam baru saja 8 lebih dah mula kata perut sakit dan lapar. Saya cuba pujuk untuk bertahan ke setengah hari nampaknya tak boleh bertahan, biasa lah proses berlajar... cuba lagi esok.

Sebagai ibu juga cabaran untuk bersabar dengan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam menjadi ujian buat kita, apa pun kunci yang utama sabar.

Saya berharap tahun ini dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik mungkin dan diberi kesihatan juga kekuatan sehingga 30 ramadhan

Okey sampai jumpa lagi, selamat berbuka puasa dan solat tarawih  

 

 
Sumber dari Google





















Thursday, 5 May 2016

Macam Mana Nak Diet

Teks: Norazlina Aziz

Diet oh diet !. Saya pasti semua wanita di serata dunia sentiasa inginkan bentuk badan yang ideal dan sihat. Saya pun tengah mencuba untuk menurunkan berat badan yang makin meningkat dari hari ke hari haa.


Sumber Dari Google

Dari gambar diatas, menunjukkan setiap dari kita mempunyai bentuk badan yang berbeza. Saya yang mana ya?..

Buat masa ini Program Senaman Aerobik pilihan saya untuk langkah permulaan saya berdiet. Tak tahulah berkesan atau tidak untuk saya. Selain itu, saya mengurangkan pengambilan nasi dan elak makan diwaktu malam.

Diet baru saja bermula, jadi dalam masa sebulan nanti saya kongsikan keputusan yang hasil diet ini. Semoga saya berjaya Amin. 

Monday, 11 April 2016

Jahitan Skirting Meja

Teks : Norazlina Aziz 
Tarikh : 11.04.2016

Minggu lepas, Kawan saya meminta tolong untuk menjahit skirting meja untuk kegunaan persatuan sekolah tempat beliau berkerja. Saya beranikan diri untuk menerima tempahan tersebut walaupun tiada pengalaman bab jahit skirting.

Rasa bersyukur sangat dengan kemahiran menjahit yang saya belajar selepas SPM dapat digunakan sampai sekarang. Sekurangnya dapat tambahan pendapatan pada kami sekeluarga.



Diatas hasil jahitan skirting meja yang sudah siap dijahit. Harap Cikgu Fatin puas hati ye.


Bagi anda yang berminat membuat tempahan skirting dengan saya boleh berhubung di 011 - 15438221, Whatapps pun boleh.





 



 

Tuesday, 15 March 2016

Bare Skin

Teks : Norazlina Aziz
Tarikh : 14.03.2016

Sekarang ni macam satu fenomena macam-macam produk yang ada dipasaran dari pencuci muka, kologen cuma sebagai pengguna kita perlu bijak memilih.

Hari ni nak cerita sikit tentang pencuci muka yang saya guna dan jual. Sebelum ni banyak juga pencuci muka yang saya dah cuba, ada dari keluaran luar negara dan tempatan. Saya suka dengan Bare Skin ni, bahan asas yang diguna dari bahan yang natural seperti bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan ada vitamin C & E. Selain tu yang paling penting Bare Skin ni bebas MERKURI dan HIDROKINON yang akan memberi kesan kulit jadi nipis dan kemerahan.





Perubahan muka setelah saya cuba, kulit terasa lembab-lembab dan kulit yang kusam nampak lebih segar dan bersinar. Cleanser Bare Skin ni lepas basuh muka, kulit tak rasa tegang sampai nak senyum pun susah buat saya teruja nak terus gunakan produk ni.




Gambar diatas untuk pek percubaan Bare Skin, ada tiga produk asas iaitu pencuci, pelembab muka dan krim malam. " Kak kenapa keluar jerawat? "  ni antara soalan yang saya terima, itu kesan awal tapi bila penggunaan berterusan baru nampak kesan yang terbaik. Bagi krim pelembab pula boleh menentang pancaran sinar matahari dan krim malam dapat membantu membaiki kulit kita. Jeragat yang ada dimuka pun boleh berkurangan dan kulit jadi sekata.
 
Sumber Dari Google





Nak tahu kesan yang terbaik, kena cuba dulu baru tahu. Kalau berminat boleh la Whatsapps/SMS 011-15438221.  









 

Monday, 14 March 2016

Veggy Fruity Tart

Teks : Norazlina Aziz

Tarikh : 8 Mac 2016



Masa saya tengok post gambar Veggy Fruity Tart terus rasa teruja nak tahu macam mana orang boleh buat tart yang cute sangat.

Saya pun cari guru yang ada buka kelas untuk mengajar buat tart ni, bila dah jumpa saya berguru dengan Pn Siti Hajar di Shah Alam. Tart ni saya suka panggil Tart Buah-buahan,  bentuknya yang memang diilhamkan daripada  Jagung, Mangga, Oren, Strawberry, Manggis, Jambu Air, Pear, Tembikai, Cili, Terung, Carrot, Labu, Apple, Blueberry dan Nenas.




Saya mula menjual tart Buah buahan ni untuk dimakan ketika menyambut Raya Aidilfitri pada tahun 2012, syok sangat usaha ni berbaloi dan ilmu yang saya dapat boleh menjana pendapatan tambahan saya. Alhamdulillah tahun pertama dapat jual tart Buahan saya raya dalam senyuman.

Tart Buah - buahan saya pek dalam belas bulat transparent untuk jualan hari raya, selain itu ada juga untuk hantaran dalam kotak 35 pcs.






Saya juga boleh menerima tempahan untuk dijadikan hadiah pada tetamu untuk semua jenis majlis seperti aqiqah, majlis perkahwinan. Untuk tempahan boleh Whatsapps atau SMS ke 011-1543821.







  

 

Friday, 22 January 2016

Salam perkenalan

Salam perkenalan 

Teks : Norazlina Aziz 
Tarikh : 28 Januari 2016

Dengan lafaz Bismillah saya merasmikan blog pertama saya, Bisnes Suri Dari Rumah.

Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga impian saya untuk belajar membuat blog. Jika sebelum ini ada juga mencuba membuat blog sendiri tanpa tunjuk ajar yang khusus, hanya bertanya pada adik dan cuba sendiri,  hasilnya blog yang dibina ditinggalkan sepi. Semoga dengan lahirnya blog Bisnes Suri Dari Rumah ini membawa titik perubahan dalam dunia blog dan semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Saya perkenalkan diri saya Norazlina binti Aziz. Anak kedua daripada 6 orang adik beradik, saya dipanggil Kak ngah tapi Mak dengan Abah saya panggil Lina. Bagi kawan-kawan kebanyakkan memanggil saya Azlina. Saya lahir  pada 06 Disember, di Kg. Seri Minyak Umbai Melaka. Saya telah mendirikan rumahtangga insyah Allah tahun ni ulangtahun kami yang ke 12 bersama Asri bin Kayatin. Saya mempunyai 4 orang cahaya mata perempuan dan seorang anak lelaki. Anak yang sulung diberi nama Aliyah Wafa umur 11 tahun, anak kedua Muhammad Irfan tapi telah meninggal dunia pada usia setahun akibat sakit sindrome sejak bayi. Dania Anisah berumur 7 tahun,  Ainul Jasmine berumur 5 tahun dan bungsu Imaan Nasuha baru setahun.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau (2) dari darjah satu hingga darjah enam. Bersekolah menengah di Sek Men. Seri Mahkota Umbai dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Pada 1997 saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke ITM sekarang UiTM, bagi program Diploma Business Studies di Cawangan Sabah.

Perkerjaan pertama saya, sebagai kerani Kewangan di Syarikat Swasta di Pasir Gudang, Johor selama 6 tahun. Pada 2007 saya berhenti kerja dan  berpindah ke Melaka untuk menjaga anak kedua yang sakit. Bermula pengalaman perkerjaan yang baru di pelbagai tempat sehinggalah saya berkerja di tempat sekarang di Sekolah Swasta sebagai Admin Clerk.

Minat membuat biskut dan kek sejak dari darjah 4 saya suka menolong Mak membuat biskut Raya, dari sinilah terpupuk minat suka membuat biskut dan kek tambah yakin bila saya menghadiri kelas. Menjahit juga satu lagi kemahiran yang saya ada dan saya juga suka bidang kecantikkan. Menjual burger adalah bisnes pertama saya diikuti dengan bisnes biskut raya dan produk pencuci muka.

Jenis bacaan, Saya suka membaca buku-buku motivasi kekeluargaan dan perniagaan sama ada dari buku atau di internet. Membaca boleh membantu kita membuka minda dan pandangan dari pelbagai sudut.


Entry ini tugasan pertama saya bersama dengan Akademi Berkerja Dari Rumah. Setiap dari kita pasti ada target, fokus dan matlamat yang ingin dicapai, untuk masa terdekat ini pastinya dapat belajar membuat blog perniagaan dan cara penulisan yang menarik pembaca.Saya berharap dapat mencapai target dalam 2 tahun dari sekarang saya menjadi surirumah sepenuh masa yang berkerja dirumah dengan mempunyai pendapatan sendiri melalui perniagaan online. Bercita-cita memiliki perniagaan lebih besar. Saya tertarik untuk masuk kelas ini kerana mencari satu group yang memahami dan yang dapat memberi sokongan moral antara satu sama lain.

Akhir kata, semoga tercapai cita-cita, impian yang saya inginkan. Saya mendoakan semoga kita semua diberi keberkatan dan rahmat dari Allah.