Thursday, 23 March 2017

Aromatherapy Essential Oils

Teks : Norazlina Aziz

Essential Oils...apa itu? Mungkin ramai belum pernah dengar atau pernah dengar tapi tak ambil kisah.

Salam semua, kali ini saya nak berkongsi tentang Essential Oils atau Aromaterapi.

Aromaterapi satu jenis pengubatan alternatif yang menggunakan bahan cairan tanaman yang mudah menguap, yang dikenali sebagai Essential Oils untuk mempengaruhi suasana dan kesihatan seseorang. 

Diluar sana banyak jenama Essential Oils yang wujud dipasaran Malaysia, saya memilih jenama Ronella Essential Oils untuk kegunaan harian. 

Sebab saya pilih Ronella Essential Oils bahan 100% pure dari bahan semulajadi tanpa tambahan alkohol.

Selain itu, Ronella Essential Oils juga satu produk bumiputera jadi tak salah menyokong produk tempatan yang berkualiti antarabangsa dengan harga yang berpatutan.

Selalunya Essential Oils yang menjadi pilihan saya ialah Essential Oils Lavender dapat membantu saya lebih relaks dan mengendurkan urat yang tegang bila balik dari berkerja. Bau yang lembut mambuatkan fikiran tenang dan segar semula.


Ronella Essential Oils Lavender
Cara penggunaan yang boleh dicuba sapu sedikit minyak terus pada bahagian yang sakit atau campurkan dengan minyak carrier seperti minyak zaitun dan jojoba untuk tujuan mengurut badan.

"Tips yang boleh dicuba untuk mendapat tidur yang lena, dengan titiskan Ronella Essential Oils Lavender sebanyak 3 titis pada bantal pasti dapat membantu pada sesiapa yang susah tidur... juga sapu sikit dibelakang telinga.

Lavender juga dapat melegakan sakit kepala dan merawat kulit yang bermasalah seperti kesan terbakar yang tidak teruk.

Kembali kepada bahan semulajadi menjadi satu trend dan kemestian bagi setiap individu dan keluarga bagi mengelakkan diri terdedah pada bahan kimia berpanjangan.

Family set Ronella Essential Oils ini dijual dengan harga berpatutan dan jauh lebih murah dari membeli secara berasingan. Diffuser tidak termasuk dalam family set ini, diffuser dijual berasingan.

Family Set Ronella Essential Oils


Ingin dapatkan Ronella Essential Oils untuk anda dan keluarga?
Hubungi Lina untuk:


FREE CONSULTATION

HARGA BERPATUTAN

011-15438221 (Call, SMS, WhatsApp)







Friday, 17 March 2017

Apam Polkadot, Cream Puff, Puteri Ayu

Teks: Norazlina Aziz

Assalamualaikum semua sahabat alam maya saya, lama juga menyepi..insyah Allah saya cuba sentiasa ada entry terbaru untuk blog kesayangan saya ini.

 " Salam kak ade ambil tempahan cream puf? " pastinya jawapannya ada Dik. 


Tempahan yang saya terima ini hasil carian di google, memang besar impak kalau kita menulis di blog, tak sia-sia saya belajar buat blog. Terima kasih buat Pn. Aishah Hussein yang sudi ajar sayaKalau berminat nak belajar buat blog sendiri boleh lah contact beliau disini.

Antara tempahan yang saya terima apam polkadot, puteri ayu dan Cream puff. Terima kasih buat Yana, harap berpuas hati.






Apam Polkadot

Cream Puff


Puteri Ayu


Saya juga terima tempahan Tat buah untuk dibuat hantaran pertunangan dari kawan abang. Alhamdulillah syukur rezeki yang Allah beri.


Tat Buahan




Untuk tempahan WS no 011-15438221, saya berada di Km 15 Kg seri minyak Merlimau Melaka. 















Friday, 28 October 2016

Cream Puff Filling Castard

Teks: Norazlina 

Assalamualaikum semua sahabat, rindu la..lama saya tak update dengan entri baru.

Cream puff filling custard, rasanya ramai yang pernah makan cream puff yang rasa manis ni. Bagi mereka yang minat makanan manis ini desert yang saya cadangkan, puff yang lembut bila makan boleh tidak berhenti..





Minggu lepas saya mendapat tempahan cream puff dan cheese tart, syukur rezeki untuk baking ini tidak pernah putus sejak mula terlibat dalam bidang ini.





Tempahan cream puff ini dari sahabat saya yang mengadakan Dinner bersama guru-guru dan pelajar-pelajar SPM sebelum peperiksaan bermula..kira bagi motivasi untuk menjawap dengan baik.


Gembira rasanya bila dapat feedback positif bila pelanggan berpuas hati dengan apa yang kita sediakan untuk mereka...sudi-sudi tempah lagi.




Saya sedia menerima tempahan bagi sahabat yang berada di sekitar Merlimau dan bandar Melaka. 
Whatapps ke 011-15438221. 




Monday, 3 October 2016

Resdung dan Alergik

Teks : Norazlina Aziz

Assalamualaikum semua sahabat, bila cerita pasal resdung rasanya ramai juga yang ada penyakit ini.

Dari zaman sekolah rendah lagi saya dah mengidap penyakit resdung ini, ialah lepas mandi je dah bersin tak berhenti..tu belum cerita gatal pada hidung..semua buat saya gosok hidung sampai merah dengan tergaru-garu gatal pada muka itu tanda-tanda resdung yang ada pada saya.

Apa itu resdung ? radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
sumber dari Google

Punca resdung setiap orang berbeza, ada dari makanan contohnya ayam, makanan laut..persekitaran juga memberi kesan cuaca yang sejuk atau bilik aircond, habuk dan pelbagai lagi penyebab.

Macam-macam ubat yang saya cuba kebanyakan jenis perubatan tradisional biasa la rawatan pun tak berpanjangan sekejap.

Sampai satu tahap saya mendapat alergik pada muka dan badan..kulit menjadi gatal-gatal alamak apa nak buat . Saya masih mencari rawatan alternatif lagi, entah kenapa tak pernah terfikir nak jumpa doktor.

Dalam pencarian saya terjumpa produk Shaklee, alhamdulillah bila saya makan vitamin yang dicadangkan resdung dan alergik saya dah semakin sembuh.

Nak tahu set resdung dan alegik yang saya ambil ?

Saya ambil Vitamin C, Omega Guard dan Garlic = Set resdung Shaklee

Mari saya terangkan kebaikannya, supaya semua lebih faham.



Sumber dari Google
Omega Guard 

Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.

Sumber dari Google

Garlic Complex


Kebaikan Garlic Shaklee : Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi
Bila kita sakit, selalu juga doktor bagi antibiotik untuk bunuh bakteria. Antibiotik yang doktor bagi bagus, tapi kalau kita asyik selalu ambil, kesannya sangat tidak baik. Kita boleh terkena kerintangan antibiotik di mana bakteria dah imun dengan antibiotik.

Garlic pula antibiotik semulajadi. Kita tak risau nak makan Garlic sebab selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.

Ia boleh tingkatkan sistem imun badan, halang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


Selain itu Garlic Shaklee dapat Menghalang Alergi Garlic Shaklee boleh tingkatkan sistem imun badan dari penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.


Sumber dari Google
Vitamin C Shaklee

Peranannya adalah antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi & imuniti dalam menyerap serangan resdung.

Mempercepat proses penyembuhan penyakitVitamin C memastikan proses pemuliharaan dan proses metabolisme dalam tubuh berperanan dengan sempurna dan unggul.



Resdung kalau di biar tanpa diubati boleh menjadi penyakit kronik. Nasihat saya bagi pengidap penyakit resdung ini cepat ubati sebelum melarat.

Buat sahabat yang berminat nak mendapat set resdung Shaklee saya sedia menjawap pertanyaan, konsultasi dan pesanan..        



Id : 1235546
Sms/Whatsapps saya : 011-15438221
Emel :pnnorazlina.aziz@gmail.com / 
norazlina_0612@yahoo.com


Friday, 30 September 2016

Awal Muharram 1438 H

Teks : Norazlina Aziz

Assalamualaikum teman semua .. lama juga saya menyepi untuk berblog ni, hari ni lepas mencari kekuatan sendiri akhirnya tulis juga.

Macam biasa saya masih dengan aktiviti baking dan famili. Pada 2 Oktober 2016 ini, kita akan masuk ke tahun baru Islam, Awal Muharram, dari 1437 H dah melangkah ke 1438 H.

Sumber dari Google
Semoga mengambil kesempatan untuk membuat ibadah yang terbaik pada akhir tahun dan awal tahun 1437H/1438H.


Monday, 29 August 2016

Bulan Ogos Penuh Bermakna

Teks : Norazlina Aziz


Malaysia akan menyambut kemerdekaan kali ke 57 pada 31 Ogos ini, Alhamdulilah dengan keadaan Malaysia yang aman kita masih bebas untuk melakukan aktiviti tanpa takut dan terbatas. 

Sumber Google
Saya berharap keamanan ini kekal berpanjangan bukan apa bila kita tengok diberita tv atau internet banyak negara luar berperang sesama sendiri atau di tindas oleh pihak tertentu.

27 Ogos pula adalah hari yang sentiasa diingati, ulang tahun perkahwinan saya dan suami syukur dah 12 tahun usia perkahwinan ini.

Saya dan suami merancang dengan makan diluar bersama anak-anak, cukup lah tu yang penting ikatan perkahwinan yang bahagia.Amin
Sumber Google

Monday, 8 August 2016

Tempahan Cheese Tart

Teks : Norazlina Aziz

Cheese tart o Cheese Tart...dalam banyak-banyak perasa filling, cheese tart Blueberry yang sentiasa mendapat tempat hati pelanggan saya.

Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, tak putus ode yang masuk.




Gambar-gambar yang sempat dirakam...yang lain-lain selalu terlupa ambil. Pada semua yang berminat nak buat tempahan sekitar Umbai, Merlimau Melaka Whatapps saya di 011-15438221(Lina)