Monday 29 August 2016

Bulan Ogos Penuh Bermakna

Teks : Norazlina Aziz


Malaysia akan menyambut kemerdekaan kali ke 57 pada 31 Ogos ini, Alhamdulilah dengan keadaan Malaysia yang aman kita masih bebas untuk melakukan aktiviti tanpa takut dan terbatas. 

Sumber Google
Saya berharap keamanan ini kekal berpanjangan bukan apa bila kita tengok diberita tv atau internet banyak negara luar berperang sesama sendiri atau di tindas oleh pihak tertentu.

27 Ogos pula adalah hari yang sentiasa diingati, ulang tahun perkahwinan saya dan suami syukur dah 12 tahun usia perkahwinan ini.

Saya dan suami merancang dengan makan diluar bersama anak-anak, cukup lah tu yang penting ikatan perkahwinan yang bahagia.Amin
Sumber Google

Monday 8 August 2016

Tempahan Cheese Tart

Teks : Norazlina Aziz

Cheese tart o Cheese Tart...dalam banyak-banyak perasa filling, cheese tart Blueberry yang sentiasa mendapat tempat hati pelanggan saya.

Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, tak putus ode yang masuk.




Gambar-gambar yang sempat dirakam...yang lain-lain selalu terlupa ambil. Pada semua yang berminat nak buat tempahan sekitar Umbai, Merlimau Melaka Whatapps saya di 011-15438221(Lina)




Berjumpa Tanpa Sengaja

Teks : Norazlina Aziz


" Berjumpa Tanpa Sengaja"...  macam tajuk-tajuk drama pula heee, bukan apa minggu lepas saya balik ke rumah mentua, rezeki berjumpa kawan lama satu tempat kerja datang beraya.

Alhamdulillah, tu yang jadi tajuk macam drama pulak. Terima kasih Ika sebab sudi datang jumpa akak, walaupun kita jarang berhubung.

Sorry sangat sebab tak sempat nak hidang yang special, jamu yang biasa-biasa saja. Bila dah berjumpa sibuk lah bertanya kawan-kawan yang lain, banyak cerita yang saya dengar apa pun semoga semua sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.





Si comel saya, Imaan yang menyambut tetamu dulu sebelum Umi datang..alahai anak bahaya sayang zaman sekarang ni..dalam gambar tenung saja tetamu sebab tak kenal.








Di atas antara gambar yang sempat kami abadikan dalam album kenangan. Saya berdoa semoga persahabatan ini kekal sehingga ke tua. Amin.