Friday 23 August 2019

Buat duit dengan Affiliate

Teks : Azlina

Assalamualaikum buat pembaca blog Kak Ina ni.

Hari ni nak share satu cara untuk buat duit dengan jadi Affiliate. Ia satu cabang baru yang semakin disukai.

Sahabat Kak Ina pernah jumpa orang dapat komisen RM50,000 macam itu je hanya dengan berkongsi link di media sosial.

Caranya begini :

1. Kita hanya kongsikan link yang diberi selepas kita daftar. Wajib daftar baru dapat.

2. Untuk dapatkan jualan, kena faham, hadam dan arif benar tentang ebook atau produk tersebut.

3. Kebiasaannya pemilik ebook akan beri cabaran dalam satu-satu masa untuk kita kejar sales. Contohnya 5 hari, 14 hari atau 1 bulan.

4. Jualan akan diberi dalam bentuk komisen. Normal komisen ialah lebih 20% dari harga jualan.

5. Konten yang bagus, menarik perhatian, tersusun akan dapat jualan yang banyak berbanding orang lain.

6. Ianya terhasil apabila kita sendiri baca dan faham ebook atau produk tersebut.

7. Untuk letak link, ia mesti mempunyai ayat perintah, suruhan serta jemputan supaya audien klik link tersebut.

8. Susun posting supaya pada setiap hari mesti ada posting untuk remind audien.

9. Sesekali buat live dan ceritakan produk atau ebook tersebut.

10. Ebook terkini, Dato Sri Aliff Syukri antara ebook yang bagus untuk dijual. Ianya mudah, hanya letak link, orang akan beli dan automatik jadi affiliate. Malam-malam tidur pun duit masih masuk.

Mana yang nak buat duit, beli di sini sekarang : http://bit.do/DatoAliffebookzerotohero

11. Ada banyak channel untuk menjual ebook atau produk menggunakan link affiliate, contohnya di story instagram, wall instagram, Facebook, Page, website dan blog.

***

Konsepnya sama seperti dropship. Ianya hanya perlu dibuat bising dan terus memberi reminder kepada audien. Hanya promosi sahaja, duit masuk pagi petang siang dan malam.

Jika komisen RM35 pada setiap 1 jualan.
100 jualan = RM3,500.

Jika anda nak tahu, sudah ada yang jual sampai 1,000 naskhah begitu sahaja hanya dengan promosi link affiliate. Kiralah sendiri dan ternganga melihat orang buat duit.

Siapa yang kerja keras, dia dapat. Tidur malam pun duit masuk ya.

Klik link ini sekarang juga ya :
http://bit.do/DatoAliffebookzerotohero

Sekiranya anda ada masalah nak buat pembelian, tak tahu nak key in & sebagainya ,
.
Whatsapp Kak Ina di sini ya:
.
▶️ https://Www.Wasap.My/01115438221 /ebookZTH
.
#ZeroToHero
Jom sebar benda baik.

Thursday 15 August 2019

SALAM SAHABAT

Teks: Azlina


Assalamualaikum semua sahabat

Lama rasa tak ada entri di blog, biasa la rutin seorang Isteri, ibu dan pekerja membataskan untuk menulis hehehe

Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat menyambut Aidiladha 1440H.

Baru-baru ini Kak Ina ada membuat ibadah korban secara berkelumpok pada bersama alumni sekolah menengah Seri Mahkota Umbai(Geng SMSM 1977).

Dalam tempoh 25 tahun semua dah lebih matang dan ada yang bila jumpa tak ingat nama mungkin usia dan diorang bukan dari classmate jadi ada yang tak kenal rapat tapi tiada halangan sebab tu ada program ni dapat merapatkan lagi silaturahim kami.

Terima kasih juga AJK program banyak jasa diorang dari pilih lembu sampai persiapan kenduri dan korban semua di urus dangan baik.

Aturcara majlis bermula dari jam 7.30 pagi lagi dengan aktiviti melihat lembu yang kami pilih di sembelih tapi masa ini Kak Ina tak ikut sebab masih dalam perjalanan dari kampung suami di Muar ke Melaka.

Dalam masa menunggu untuk memotong daging dan pembahagian daging korban kami dihidang dengan Nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan pagi sambil saling meningati nama masing-masing dan sambil bercerita kisah masa zaman sekolah menengah.

Lebih kurang 9.30 pagi daging korban sebanyak 2 ekor lembu pun tiba yang lelaki menguruskan melapah daging bagi kaum hawa ni tolong memasak la..potong-potong sayur,bawang dan sebagainya untuk kenduri tengah hari nanti tapi kami tak masak hehehe Mak dan keluarga Nuar yang masak alhamdulillah memang sedap.






Macam tak percaya Kak Ina dapat ikut aktiviti macam ni, perkara yang baik akan diteruskan.






Geng perempuan tolong membungkus daging-daging yang akan diagihkan pada kawasan sekitar seronok ketawa ada saja cerita bila berkumpul macam ni.

Para Jemputan kenduri datang memeriahkan lagi majlis ini dan diedarkan daging korban untuk dibawa balik.

Alhamdulillah semua rezeki yang Allah beri merasa nikmatnya buat korban pada 12.08.2019.