Thursday 15 August 2019

SALAM SAHABAT

Teks: Azlina


Assalamualaikum semua sahabat

Lama rasa tak ada entri di blog, biasa la rutin seorang Isteri, ibu dan pekerja membataskan untuk menulis hehehe

Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat menyambut Aidiladha 1440H.

Baru-baru ini Kak Ina ada membuat ibadah korban secara berkelumpok pada bersama alumni sekolah menengah Seri Mahkota Umbai(Geng SMSM 1977).

Dalam tempoh 25 tahun semua dah lebih matang dan ada yang bila jumpa tak ingat nama mungkin usia dan diorang bukan dari classmate jadi ada yang tak kenal rapat tapi tiada halangan sebab tu ada program ni dapat merapatkan lagi silaturahim kami.

Terima kasih juga AJK program banyak jasa diorang dari pilih lembu sampai persiapan kenduri dan korban semua di urus dangan baik.

Aturcara majlis bermula dari jam 7.30 pagi lagi dengan aktiviti melihat lembu yang kami pilih di sembelih tapi masa ini Kak Ina tak ikut sebab masih dalam perjalanan dari kampung suami di Muar ke Melaka.

Dalam masa menunggu untuk memotong daging dan pembahagian daging korban kami dihidang dengan Nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan pagi sambil saling meningati nama masing-masing dan sambil bercerita kisah masa zaman sekolah menengah.

Lebih kurang 9.30 pagi daging korban sebanyak 2 ekor lembu pun tiba yang lelaki menguruskan melapah daging bagi kaum hawa ni tolong memasak la..potong-potong sayur,bawang dan sebagainya untuk kenduri tengah hari nanti tapi kami tak masak hehehe Mak dan keluarga Nuar yang masak alhamdulillah memang sedap.






Macam tak percaya Kak Ina dapat ikut aktiviti macam ni, perkara yang baik akan diteruskan.






Geng perempuan tolong membungkus daging-daging yang akan diagihkan pada kawasan sekitar seronok ketawa ada saja cerita bila berkumpul macam ni.

Para Jemputan kenduri datang memeriahkan lagi majlis ini dan diedarkan daging korban untuk dibawa balik.

Alhamdulillah semua rezeki yang Allah beri merasa nikmatnya buat korban pada 12.08.2019.











No comments:

Post a Comment